Masalah gelandangan: Kementerian kerjasama dengan NGO
PUTRAJAYA, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan data lengkap mengenai golongan gelandangan di seluruh negara dalam tempoh terdekat.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya amat memerlukan bantuan daripada kesemua NGO terlibat kerana mereka mempunyai hubungan yang baik dengan golongan itu.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat, dianggarkan 12,000 bungkus makanan diagihkan oleh pihak NGO kepada orang gelandangan setiap minggu, namun jumlah sebenarnya masih tidak dapat ditentukan.
Atas sebab itu pihak kementerian memerlukan bantuan daripada pihak NGO yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan gelandangan. NGO ini tahu di mana kawasan tumpuan gelandangan.
Dengan bantuan NGO ini juga ia akan memudahkan lagi kita membuat profil secara khusus terhadap golongan tersebut dengan meletakkan mereka di dalam beberapa katergori antaranya kanak-kanak, orang tua dan orang dewasa," katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama NGO berkaitan di pejabatnya, di sini hari ini.
Rohani berkata, data yang diperoleh itu nanti akan membolehkan pihak kementerian mengadakan program-program yang sesuai dalam usaha membantu golongan tersebut menjalani kehidupan lebih baik.
Masalah yang dihadapi kementerian, mereka takut dengan kami. Mereka ini rapat dengan NGO kerana memberi mereka makanan tetapi apabila kami turun padang mereka lari.
Oleh itu pihak kementerian perlu mengadakan kerjasama dengan NGO untuk mendekati mereka sekali gus memahami apa sebenarnya bantuan yang gelandangan perlukan," katanya.
Menurutnya, tujuh NGO telah menyatakan kesediaan membantu kementerian dalam usaha tersebut dan beliau berharap lebih ramai NGO akan tampil memberi kerjasama serupa.
Sementara itu Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) kementerian itu, Datuk Harjeet Singh berkata, antara NGO terlibat termasuk Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia, Yayasan Amanah Perdana Malaysia, Yayasan Bantuan Makanan dan Yayasan Sahabat - UTUSAN
No comments:
Post a Comment