My Add

Wednesday 28 May 2014

Najib pulang untuk ziarah jenazah Almarhum Sultan Perak

BEIJING, RABU 28 Mei, 2014: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, akan pulang ke Malaysia malam ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang mangkat hari ini.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan pulang sejurus selepas menghadiri satu majlis di sini.

Selepas memberi penghormatan terakhir kepada almarhum di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok, mereka akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan rasmi enam hari yang bermula semalam sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik dijalin antara Malaysia dan China. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment