Kementerian Kesihatan minta Selangor henti guna air lombong
SEGAMAT, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Kementerian Kesihatan sudah meminta kerajaan negeri Selangor menghentikan penggunaan air dari kolam bekas lombong sebagai sumber bekalan air kepada rakyat negeri itu walaupun ia disahkan selamat.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, langkah itu adalah untuk sementara waktu sahaja berikutan rakyat Selangor masih bimbang dan sangsi setelah tersebarnya khabar angin kandungan air dari sumber itu tidak selamat.
"Walaupun air dari sumber kolam itu disahkan selamat, tetapi disebabkan persepsi masyarakat bahawa ia tercemar dengan pelbagai toksik berbahaya, adalah lebih baik cari pilihan lain untuk menampung keperluan rakyat di negeri itu.
"Saya akan bincang dengan Lembaga Urus Air Selangor dan kerajaan negeri, kalau boleh jangan gunakan air kolam bekas lombong untuk sementara waktu ini," katanya dalam sidang akhbar selepas Lawatan Pemantauan Projek Bangunan Gantian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hwa Nan, Batu Anam di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment