PKB sokong pencalonan Jokowi sebagai Presiden
JAKARTA, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) mengumumkan sokongannya terhadap Gabenor Jakarta Joko Widodo yang bertanding sebagai presiden Indonesia dan akan menyertai gabungan parti Gabenor itu di Parlimen.
"Lembaga pusat PKB telah memutuskan untuk menyokong Joko Widodo semasa bermesyuarat malam tadi," kata Timbalan Pengerusi PKB Lukman Edy pada Jumaat.
Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, PKB dan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) saling 'memikat' selepas prestasi kurang memberangsangkan PDI-P memaksanya membentuk gabungan bagi melepasi had yang diperlukan.
Jutawan media Surya Paloh dan partinya Partai Demokrat Nasional (NasDem) pantas menyatakan sokongan terhadap Gabenor itu namun Joko yang lebih dikenali sebagai Jokowi dan PDI-P perlu membentuk kerjasama lebih besar menjelang pilihan raya presiden pada 9 Julai ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment