Kerajaan tidak hapus ruangan kaum dalam borang rasmi - Najib
TAIPING, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan telah memutuskan untuk menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan ketika melakukan urusan rasmi.
Perdana Menteri berkata, sebaliknya Kabinet tidak membuat sebarang keputusan untuk memansuhkan keperluan mengisi ruangan kategori kaum pada borang berkenaan.
"Ada berbincang mengenainya tetapi keputusan adalah untuk mengekalkan dasar sedia ada," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Rumah UMNO bahagian Taiping di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment