My Add

Thursday, 8 May 2014

MCA akan tarik semula keyakinan masyarakat Cina - Liow Tiong Lai 

SEREMBAN, KHAMIS, 08 Mei, 2014: MCA akan melaksanakan pelbagai program bagi menarik semula keyakinan masyarakat Cina kepada kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, melalui program yang lebih menyeluruh ini, ia akan dapat memberikan gambaran jelas kepada masyarakat Cina berhubung hala tuju parti itu dan BN yang boleh dicapai melalui program transformasi.

Kerajaan mempunyai banyak program yang baik tetapi MCA perlu menjelmakannya bagi memastikan masyarakat Cina faham dan turut sama menjayakannya serta berbangga menjadi rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat berhubung transformasi parti kepada anggota MCA Negeri Sembilan di sini, malam tadi.

Beliau juga berkata MCA akan mengadakan carta masa untuk program transformasi parti itu.

Liow berkata pihaknya juga akan memastikan semua rakyat berbilang kaum diberi peluang melibatkan diri dalam semua dasar yang digariskan agar BN dapat melaksanakan dasar yang lebih terbuka dan baik bagi meningkatkan daya saing negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment