My Add

Thursday, 8 May 2014

KPDNKK anjur ekspo jualan besar-besaran 31 Mei - 8 Jun

 * HASAN Malek (kanan) menunjukkan kad diskaun yang boleh digunakan semasa membeli-belah di Ekspo Pengguna Malaysia 2014 dalam sidang akhbar di pejabatnya, di Putrajaya semalam. Turut kelihatan, Ahmad Bashah Md. Hanipah (tengah) dan Alias Ahmad. - UTUSAN/RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA, RABU, 07 Mei, 2014: Buat pertama kalinya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bakal menganjurkan ekspo jualan besar-besaran melibatkan lebih 200 buah syarikat dan pasar raya.

Lebih menarik kesemua syarikat terbabit akan memberi potongan harga sehingga 40 peratus kepada para pengunjung manakala pihak pasar raya terlibat turut mengadakan jualan runtuh.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, ekspo yang dikenali sebagai Ekspo Pengguna Malaysia 2014 (MCE 2014) itu akan berlangsung selama sembilan hari bermula 31 Mei hingga 8 Jun ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Kuala Lumpur.

Menurutnya, fokus utama penganjuran MCE 2014 ialah menyediakan platform untuk pengguna berbelanja menggunakan kad-kad diskaun yang disediakan oleh kerajaan bagi mendapatkan potongan harga yang berpatutan.

"Ini secara langsung membantu pengguna dengan menawarkan barangan jualan pada harga lebih murah dan berkualiti, selaras dengan hasrat kerajaan untuk membantu pengguna meningkatkan kuasa beli di samping meringankan bebanan kos sara hidup," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan prapelancaran MCE 2014 di pejabatnya di sini hari ini.

Yang hadir sama timbalannya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad.

"Penganjuran MCE 2014 bertujuan menghargai penyertaan rakan dagang iaitu syarikat-syarikat swasta yang terlibat secara langsung dalam program Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS6): Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC).

"Pihak terlibat bersetuju memberikan potongan harga ke atas barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan, atas semangat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang didukung oleh syarikat-syarikat tersebut," katanya.

Program 1MDC yang dilancarkan 22 Mac tahun lalu adalah hasil kerjasama KPDNKK, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Hasan, inisiatif yang diketuai KPDNKK ini turut menawarkan diskaun ke atas pemegang Kad Skuad Pengguna, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), 1Malaysia Privillege Card (1MPC), Kad Bekas Tentera, Kad Orang Kurang Upaya (OKU) serta Kad Pesara Kerajaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment