![]() |
* ELIAS Kadir (kiri) mengiringi Stephen Hammond melawat pameran selepas majlis perasmian Pameran Rail Solutions Asia di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA |
Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir berkata, projek itu memberi nilai tambah kepada umum khususnya mereka yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.
Menurut beliau, projek tersebut bukan sahaja meningkatkan mutu perkhidmatan KTMB malah bertujuan menampung jumlah penumpang yang semakin bertambah saban hari terutamanya setiap kali musim perayaan.
"Kerajaan sudah membelanjakan lebih RM35 bilion untuk menyiapkan projek tersebut dan landasan berkembar itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan.
"Setakat ini, laluan landasan berkembar yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Gemas, Negeri Sembilan dijangka dapat digunakan pada hujung tahun ini," katanya ketika ditemui di Pameran Rail Solutions Asia di sini hari ini.
Yang turut hadir, delegasi perdagangan dari United Kingdom (UK) yang diketuai oleh Menteri Perkhidmatan Kereta Apinya, Stephen Hammond.
Elias dalam pada itu memberitahu, bahawa projek landasan berkembar tersebut juga bakal memberi kesan positif terhadap pasaran kereta api kargo yang mula berkembang di negara ini.
Katanya, kereta api kargo boleh dijadikan antara alternatif perkhidmatan pengangkutan barangan yang efektif selain kapal laut dan kapal terbang.
Sementara itu, Hammond berkata, pembangunan pembinaan landasan kereta api di Malaysia menunjukkan tahap membanggakan berbanding negara-negara Asia yang lain.
Beliau berkata, projek sistem Transit Aliran Massa (MRT) di sekitar Lembah Klang merupakan satu daripada contoh projek landasan kereta api terbaik yang akan memberi pelbagai kemudahan dan faedah kepada pengguna.
"MRT bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pengguna malah projek itu merupakan contoh terbaik kerjasama Malaysia dengan ramai pakar landasan kereta api antarabangsa menggunakan pelbagai teknologi terkini.
"Sehubungan itu, UK juga berharap dapat berkongsi idea serta kepakaran dengan Malaysia mengenai pembangunan teknologi landasan dan kereta api," katanya.
Pameran anjuran syarikat TDH Exhibitions Ltd., dari UK itu bermula hari ini sehingga Jumaat ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment