My Add

Tuesday 27 May 2014

Kumpulan pemisah Ukraine tawan lapangan terbang

DONETSK, SELASA 27 Mei, 2014: Lapangan terbang utama di bandar timur Ukraine, Donetsk, digegarkan dengan satu letupan dan kejadian tembak menembak selepas kumpulan pemisah Ukraine mengepung kawasan tersebut semalam, kata seorang koresponden AFP yang berada di tempat kejadian.

Kepulan asap tebal dapat dilihat naik ke udara dari kawasan kompleks lapangan terbang itu dan bunyi jet pejuang melalui ruang udara kompleks tersebut didengari dari jauh.

Sementara itu, kesemua penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang tersebut turut dibatalkan. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment