My Add

Wednesday 28 May 2014

 Ibu Dyana keluar Perkasa

TELUK INTAN, SELASA 27 Mei, 2014: Ibu calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud hari ini mengisytiharkan dirinya bukan lagi ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) setelah diajukan soalan berulang kali tentang kaitannya dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Yammy Samat sebelum itu mengakui bahawa beliau merupakan ahli jawatankuasa penaja Perkasa dan bukannya Ketua Wiranita seperti yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.

"Pada peringkat awal, saya menyertai Perkasa untuk membantu orang Melayu setelah melihat UMNO semakin lemah untuk membantu kaum itu. Namun, saya meninggalkannya setelah melihat Perkasa tersasar jauh.

"Saya tidak pernah menjadi ketua wanita pertama Perkasa. Yang menjadi ketuanya ialah Raihan Suleiman Palestin iaitu orang yang merebut jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan UMNO baru-baru ini," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment