LCCT akhiri perkhidmatan dengan penerbangan terakhir ke Jeddah
SEPANG, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) menutup perkhidmatannya setelah lapan tahun beroperasi di sini, dengan pelepasan pesawat AirAsiaX D7 170, ke Jeddah, Arab Saudi pada pukul 2.35 pagi ini.
Sebelum itu, pesawat AirAsia AK 63, melakukan penerbangan terakhir untuk malam tadi dari terminal berkenaan ke Kolkata, India pada pukul 10.30 malam.
Penutupan perkhidmatan LCCT hari ini selaras dengan pembukaan
terminal baru, klia2 pada 2 Mei lalu memandangkan terminal penerbangan tambang murah itu tidak lagi mampu menampung jumlah penumpang yang mencecah 22 juta orang pada tahun lalu, berbanding kapasitinya sebanyak 15 juta penumpang setahun.
AirAsia memulakan operasinya semalam di klia2 dengan pendaratan pesawat pertamanya dari Ho Chi Minh, Vietnam pada pukul3.50 petang.
Dengan kos pembinaan dalam lingkungan RM4 bilion, terminal klia2 mampu mengendalikan sehingga 45 juta penumpang setahun dengan AirAsia dijangka menyumbang kira-kira 80 peratus daripada trafik klia2. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment