![]() |
* YINGLUCK Shinawatra melambai ke arah penyokongnya ketika beliau meninggalkan bangunan Kementerian Pertahanan di Bangkok, semalam. - AFP |
Barisan hakim sebulat suara mendapati Yingluck menyalahgunakan kedudukannya dengan menukar Ketua Majlis Keselamatan Nasional, Thawil Pliensri pada 2011 untuk membolehkan seorang saudaranya menjawat jawatan tersebut.
"Justeru, status beliau sebagai Perdana Menteri telah ditamatkan. Yingluck tidak boleh mengekalkan kedudukan sebagai Perdana Menteri sementara," kata ketua hakim, Charoon Intachan ketika membaca keputusan mahkamah yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.
Sebanyak sembilan menteri Kabinet yang menyokong keputusan penukaran Thawil tersebut iaitu Chalerm Yubamrung, Kittiratt Na-Ranong, Santi Prompat, Anudith Nakornthap, Siriwat Kachornprasart, Pracha Promnok, Yutthasak Sasriprapa dan Plodprasop Suraswadi juga diarahkan berundur.
Thailand mengalami krisis politik paling buruk ekoran negara ini tidak lagi mempunyai seorang Perdana Menteri, Kabinet dan Parlimen yang dibubarkan bagi mengadakan Pilihan Raya Umum pada Februari lalu, namun keputusan pilihan raya itu telah dibatalkan.
Keputusan mahkamah itu memburukkan lagi krisis politik di Thailand dengan penunjuk perasaan antikerajaan masih melakukan demonstrasi jalanan di Bangkok dan penyokong Yingluck, kumpulan Baju Merah, pula berikrar untuk mempertahankannya, sekali gus meningkatkan kebimbangan berlakunya pertempuran berdarah. - AP/Reuters/AFP/UTUSAN

No comments:
Post a Comment