Niwatthamrong dilantik PM sementara Thailand
 |
| Niwatthamrong Boonsongphaisan |
BANGKOK, RABU, 07 Mei, 2014: Timbalan Perdana Menteri Thailand, Niwatthamrong Boonsongphaisan dilantik sebagai Perdana Menteri sementara Thailand baharu bagi menggantikan penyandang jawatan itu, Yingluck Shinawatra yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa oleh Mahkamah Perlembagaan hari ini.
Menteri Kehakiman, Pongthep Thepkanjana pada satu sidang akhbar berkata, Kabinet membuat keputusan bahawa Niwatthamrong yang juga Menteri Perdagangan Thailand, akan menggantikan Yingluck. -
REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment