My Add

Friday, 9 May 2014

Makin ramai Cina mohon jadi polis

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Eksesais pengambilan konstabel kaum Cina dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sejak dua bulan lalu mendapat sambutan luar jangkaan apabila 3,314 permohonan jawatan itu termas uk 1,220 wanita diterima pasukan tersebut sehingga 30 April lalu.

Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, jumlah tersebut adalah tertinggi dicatatkan setakat ini memandangkan penyertaan kaum Cina dalam PDRM rendah, malah pada tahun lepas hanya sembilan permohonan konstabel diterima.

Beliau memberitahu, pencapaian itu merupakan perkembangan yang baik dalam memberi kefahaman tentang profesion polis dalam kalangan masyarakat Cina, khususnya pangkat rendah.

"Tidak pernah dalam sejarah kita menerima permohonan yang begitu ramai," katanya dalam wawancara mengenai perkembangan eksesais pengambilan khas jawatan konstabel dalam kalangan kaum Cina di Bukit Aman, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment