My Add

Tuesday 27 May 2014

Makmal proses ketamin terbongkar

 * NOOR Rashid Ibrahim (tengah) menunjukkan dadah jenis ketamin yang dirampas dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/Hafiz Johari
KUALA LUMPUR,ISNIN 26 Mei, 2014: Polis membongkar sebuah makmal memproses ketamin yang pertama di negara ini dan merampas sebanyak 15 kilogram (kg) dadah jenis itu serta 200 biji pil ekstasi bernilai RM727,000 dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Taman Sri Hartamas Brickfields, di sini pada Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kejayaan itu adalah hasil penahanan sebuah kereta dinaiki dua lelaki warga tempatan berusia 44 dan 51 tahun di Jalan Mutiara di sini, dan merampas tiga bungkusan plastik berisi 2.5 kg ketamin.

Katanya, susulan itu, polis menyerbu kondominium terbabit dan merampas sejumlah ketamin bersama peralatan untuk memproses dadah tersebut.

"Siasatan polis percaya dadah berkenaan untuk pasaran di sekitar Lembah Klang dan makmal itu telah beroperasi sejak Oktober lalu. Polis kini menyiasat rangkaian pengedaran dadah itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, Noor Rashid memberitahu, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek memiliki rekod jenayah lampau kerana memiliki senjata berbahaya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment