My Add

Thursday, 8 May 2014

Malaysia tuan rumah Sidang Kemuncak Media Asia 2015

JEDDAH, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Malaysia dipilih menjadi negara tuan rumah Sidang Kemuncak Media Asia (AMS) 2015 selepas enam tahun diadakan di luar negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kali keenam Malaysia menganjurkan perhimpunan berprestij pengamal media antarabangsa itu.

"Saya bagi pihak kerajaan Malaysia ingin menjemput semua yang terlibat untuk datang ke Kuala Lumpur dan menghadiri AMS di negara kelahirannya," katanya semasa berucap dalam majlis penutut AMS 2014, di sini semalam.

AMS merupakan inisiatif Malaysia pada 2004. Kuala Lumpur kekal menjadi tuan rumah untuk empat tahun berikutnya sebelum AMS dibawa ke luar negara pada 2009.

Edisi kali ini yang dianjurkan oleh Institut Pembangunan Penyiaran Asia-Pasifik (AIBD) serta Kementerian Kebudayaan dan Informasi Arab Saudi dihadiri lebih 500 pakar media dari negara Asia Pasifik, Eropah dan tanah Arab. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment