![]() |
| Abdul Rahim Ismail |
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail secara sinis berkata, kerana terlalu alpa dibuai mimpi indah, mereka tidak menyedari kesilapan seperti kekurangan kertas undi, kekecohan dan perbalahan sesama sendiri.
Katanya, pembatalan dan penundaan proses pengundian merupakan bukti jelas tiadanya kesepakatan sesama mereka, malah lebih memalukan apabila PKR cuba mengikuti peraturan perlembagaan yang dilaksanakan oleh UMNO.
"Semua pimpinan PKR sibuk mengejar bayang-bayang sendiri, berbeza dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) yang sentiasa sepakat malah terbukti telah berjaya menghadirkan kebahagiaan kepada rakyat sejak lebih 50 tahun dahulu," katanya yang ditemui selepas majlis penyerahan tajaan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor bagi sekolah-sekolah dalam kawasan DUN Pantai Manis di Sekolah Kebangsaan (SK) Surati di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, tindakan PKR yang cuba meniru proses pemilihan barisan kepimpinan di peringkat cabang seperti yang dilaksanakan UMNO ternyata gagal ekoran sikap kepemimpinan mereka sendiri.
Malah menurutnya, kegagalan melakukan susun atur yang sempurna bagi memudahkan perwakilan membuat undian juga tidak dapat dilakukan sekali gus membuktikan kelemahan parti itu sehingga mencetuskan situasi tegang dan kekecohan.
"Perbezaan antara UMNO dan PKR adalah sangat jelas, malah matlamat serta perjuangan kedua-dua parti ternyata. PKR tidak sabar, penuh hasad dengki dan cuba memperalatkan rakyat dalam agenda perjuangan mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment