My Add

Wednesday 28 May 2014

Nepal siasat pendaki China
KATHMANDU, RABU 28 Mei, 2014: Nepal sedang menyiasat dakwaan seorang wanita China yang merupakan pendaki tunggal Gunung Everest pada musim ini sama ada dia menggunakan helikopter untuk sampai ke kem paling tinggi di gunung itu.

Dakwaan itu muncul selepas kebanyakan laluan pendakian hilang selepas kejadian runtuhan salji bulan lalu yang mengakibatkan 16 orang pemandu arah bangsa Nepal terbunuh dalam insiden berkenaan.

Penggunaan helikopter merupakan pelanggaran moral yang serius dalam tradisi memanjat bumbung dunia itu.

Bagaimanapun Wan Jing, 40, yang berjaya sampai ke puncak gunung tertinggi di dunia itu Jumaat lalu menafikan dakwaan tersebut selepas kemalangan berkenaan mengakibatkan pemandu arah enggan mengiringi pendaki warganegara asing bagi menghormati kematian rakan mereka. - REUTERS

No comments:

Post a Comment