My Add

Wednesday 28 May 2014

Pilihan Raya Presiden Mesir dilanjut sehari lagi

KAHERAH, RABU 28 Mei, 2014: Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir semalam melanjutkan tempoh pemilihan Presiden negara ini yang sepatutnya berakhir semalam sehingga hari ini, selepas kadar pemilih berdaftar yang mengeluar mengundi agak rendah sejak proses itu bermula, kelmarin.

Pilihan raya Presiden itu merupakan yang pertama diadakan selepas penggulingan bekas Presiden Mohammed Mursi tahun lalu oleh tentera yang diketuai Abdel Fattah al-Sisi yang merupakan satu daripada dua calon bertanding dan dilihat bakal memenangi pilihan raya tersebut.

"Keputusan untuk melanjutkan proses pengundian sehingga Rabu adalah bagi memberi peluang lebih ramai pengundi membuang undi mereka,'' kata seorang anggota suruhanjaya pilihan raya sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita Mesir, MENA. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment