My Add

Saturday, 10 May 2014

Operasi hari pertama AirAsia di klia2 berjalan lancar

SEPANG, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Operasi hari pertama AirAsia di klia2 berjalan agak lancar kecuali beberapa masalah kekeliruan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Aireen Omar.

"Tetapi keseluruhannya kami menganggapnya sebagai satu pengalaman positif bagi kami," katanya selepas majlis penyampaian hadiah bagi pemenang kempen Twitter #noweveryonecanfly, di sini, hari ini.

Beliau berkata AirAsia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan masalah itu tetapi percaya dengan pengalaman mereka sendiri dalam industri mereka mampu menangani isu tersebut dengan efektif.

Bagaimanapun, CEO AirAsia X Azran Osman-Rani berkata beberapa perlepasan pertama penerbangannya tidak berjalan dengan lancar bagi syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu.

"Ada enam penerbangan tertangguh, dengan purata 21 minit setiap penerbangan," katanya sambil menambah cabaran terbesar bagi syarikat itu ialah penyelarasan dengan ruang parkir pesawat tertentu atau get perlepasan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment