Pegawai imigresen dituduh terima rasuah
KOTA KINABALU, KHAMIS 15 Mei, 2014: Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas enam tuduhan rasuah termasuk tiga pertuduhan pilihan melibatkan wang RM12,371 tahun lalu.
Hakim Ishak Bakri membenarkah tertuduh, Ag. Ku Mohd. Shaifful Ampuan Ag. Damit diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu pengurusan kes pada 16 Jun ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment