Dua penunjuk perasaan antikerajaan ditembak mati
BANGKOK, KHAMIS 15 Mei, 2014: Dua orang ditembak mati dan 21 orang cedera apabila dua kem penunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok diserang pada awal pagi ini.
Laman web akhbar Bangkok Post melaporkan polis dan Pusat Kecemasan Erawan berkata, dua orang maut dan 21 orang lain cedera apabila sebutir bom tangan dan tembakan dilepaskan dalam dua kejadian berasingan tersebut. - Agensi/UTUSAN
No comments:
Post a Comment