Pelajar maut dilanggar guru
SETIU, KHAMIS 15 Mei, 2014: Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas dilanggar seorang guru ketika dalam perjalanan menuju ke sekolahnya di Sungai Pinang, Jalan Jelapang dekat sini kira-kira pukul 7.30 pagi ini.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok itu bertembung dengan kereta yang dipandu oleh guru wanita dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang yang datang dari arah bertentangan ketika mangsa sedang mendaki bukit.
Akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala guru yang berusia 44 tahun itu hanya cedera ringan. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment