My Add

Friday, 9 May 2014

Peluang BN rampas Teluk Intan

IPOH, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yakin Baris­an Nasional (BN) berpeluang untuk merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 31 Mei ini.

Beliau yang mewakili BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di kerusi Parlimen berkenaan berkata, Gerakan kini sudah bersedia sepenuhnya untuk memastikan BN mampu mengubah keputusan lalu.

Menurutnya, ini termasuk menggerakkan jen­tera parti itu bertemu pengundi di peringkat akar umbi.

"Jentera parti sudah mula bergerak walaupun calon masih belum diumumkan dan mesyuarat pertama akan kita adakan Ahad ini.

"Saya yakin, dengan kerjasama semua komponen BN, kita (BN) punya peluang cerah untuk dapat balik kawasan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment