My Add

Tuesday, 27 May 2014

Pemandu teksi, isteri ditahan kes kanak-kanak mati didera

Oleh NORAZRIN MARZUKI

KUALA LUMPUR, SELASA 27 Mei, 2014: Seorang pemandu teksi dan isterinya ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai akibat didera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, pasangan yang berusia35 dan 31 tahun itu merupakan bapa tiri dan ibu mangsa ditahan pada pukul 5.30 petang semalam di rumah mereka di Tasek Permai, Ampang.

"Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak tersebut," katanya ketikdihubungi di sini hari ini.

Mayat mangsa yang mempunyai kecederaan di beberapa bahagian badan kini berada di bahagian forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment