My Add

Tuesday 27 May 2014

65,000 guru BI akan dilatih semula - TPM

Oleh MOHD KHAIRUL MOHD ALI

JOHOR BAHRU, SELASA 27 Mei, 2014: Kementerian Pendidikan bercadang melatih semula sehingga 65,000 guru subjek Bahasa Inggeris (BI) pada masa akan datang dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa antarabangsa itu dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tahun lalu 5,000 guru BI telah dilatih semula manakala tahun ini 20,000 orang akan dilatih dalam usaha melaksanakan hasrat tersebut.

Menurutnya, usaha itu penting dalam meningkatkan mutu dan kualiti BI seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

"Selain itu, pihak kementerian turut memberi fokus kepada peningkatan penguasaan subjek Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar," katanya yang berucap sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Tun Fatimah (STF) 2014 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment