My Add

Wednesday 28 May 2014

Pemimpin celupar tidak diperlukan

PULAU PINANG, SELASA 27 Mei, 2014: Negara ini tidak memerlukan pemimpin sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang yang sering mengeluarkan perkataan kesat sehingga mengguris perasaan kaum atau kumpulan tertentu.

Malah, tindakan wakil rakyat yang sering menggunakan perkataan kesat di dalam ucapan membuktikan bahawa mereka tiada integriti kerana sanggup merendahkan martabat sendiri.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, kewujudan wakil rakyat seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer membuktikan kepimpinan DAP gagal mendidik ahlinya agar lebih beretika serta menghormati keharmonian kaum di negara ini.

Katanya, sebagai pe­gu­am, Rayer sendiri sepatutnya memahami undang-undang dan tidak menimbulkan ke­te­gangan atau suasana tidak selesa dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment