My Add

Thursday, 8 May 2014

Pengislaman: Rayuan kerajaan, jabatan agama 19 Ogos

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Ogos ini bagi mendengar rayuan enam pihak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan perakuan pengislaman tiga anak seorang guru tadika, M. Indira Gandhi.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Mohd. Zawawi Salleh dan Datuk Umi Kalthum Abd. Majid menetapkan tarikh itu selepas menangguhkan rayuan yang sepatutnya didengar hari ini.

Kuorum berkenaan menetapkan demikian selepas berpendapat penghujahan mengambil masa yang agak lama dan menyentuh pelbagai isu maka adalah wajar mahkamah memberi keadilan untuk semua pihak mengemukakan hujah masing-masing.

Keenam-enam pihak tersebut ialah bapa kepada tiga beradik itu, K. Patmanathan atau nama Islamnya Mohd. Ridzuan Abdullah, Pendaftar Mualaf, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Kerajaan Negeri Perak, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.

Pada 26 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan perakuan pengislaman terhadap Tevi Darsiny, 17, Karan Dinish, 16 dan Prasana Diksa, 6, tidak sah dan terbatal selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh ibu mereka. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment