My Add

Thursday, 8 May 2014

Tiga cedera disimbah asid

Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Sepasang suami isteri yang menjual nasi lemak dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera di beberapa bahagian badan termasuk muka akibat disimbah asid di Tanah Merah, Pendang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, dua lelaki yang menaiki motosikal jenis skuter secara tiba-tiba menyimbah asid dipercayai cuka getah kepada pasangan suami isteri itu yang kemudian turut terkena kanak-kanak lelaki tersebut yang mahu membeli nasi lemak di situ.

Kesemua mangsa kini dirawat di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment