My Add

Monday 26 May 2014

Petronas Primax 95 baharu menjanjikan pelbagai kelebihan

KUCHING, ISNIN 26 Mei, 2014: Minyak petrol baharu, Petronas Primax 95, dengan 'Advanced Energy Formula' mengurangkan geseran untuk meminimumkan kehilangan tenaga, sekali gus meningkatkan penjimatan petrol, kata Pengurus Besar Kanan Jabatan Perniagaan Petronas Dagang Berhad, Lu Jia Lih.

Beliau berkata, Petronas Primax 95 membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran, serta menghasilkan semburan petrol yang lebih halus untuk menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga.

"Ketiga-tiga fungsi ini bergabung untuk memberikan kecekapan petrol yang lebih hebat.

"Bahan api ini direka untuk memberikan prestasi yang lebih tinggi dan lebih baik bagi perjalanan yang lebih jauh," katanya pada upacara pelancaran Petronas Primax 95 di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment