My Add

Monday 26 May 2014

Cendekiawan tempatan perlu martabatkan manuskrip Melayu

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, ISNIN 26 Mei, 2014: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cendekiawan tempatan perlu memikul tanggungjawab untuk terus mempertahankan dan memartabatkan manuskrip Melayu sebagai dokumen warisan negara yang terpenting.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, mereka harus mengambil iktibar daripada sarjana-sarjana Barat seperti Roolvink, Teeuw, Josselin de Jong, George Coedes dan Snouck Hurgronje.

Menurut beliau, sarjana-sarjana Barat tersebut berupaya menjadi pakar rujuk dalam memperkatakan bahasa, adat, tradisi lisan, batu bersurat, bahasa Melayu kuno dan pelbagai aspek peradaban Melayu.

"Walau bagaimanapun, sarjana Melayu sendiri tidak mengenali atau memperkenalkan budaya mereka.

"Sehubungan itu, diharap lebih ramai lagi pengkaji tempatan dan penuntut peringkat sarjana mendalami kajian tentang manuskrip Melayu di negara-negara tertentu," katanya ketika berucap merasmikan Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014 di Perpustakaan Negara Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment