PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei
PUTRAJAYA, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon dan 31 Mei hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2013 bagi kawasan itu yang diwartakan pada 30 April lalu dan diperkemaskan pada 1 Mei lalu.
"Seramai 60,349 pemilih layak mengundi pada pilihan raya kecil itu iaitu 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 orang pengundi tidak hadir luar negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment