My Add

Saturday, 10 May 2014

Ramkarpal calon PRK Parlimen Bukit Gelugor

PULAU PINANG, SABTU, 10 Mei, 2014: Seperti diduga, Ramkarpal Singh, anak ketiga bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh diumumkan sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei ini.

Pencalonan Ramkarpal, 38, yang juga seorang peguam diumumkan Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan, Lim Guan Eng serentak dengan pelancaran pusat operasi parti itu sempena PRK berkenaan di Jalan Masjid Negeri di sini hari ini.

Dengan pencalonan itu, Ramkarpal meneruskan legasi politik bapanya serta mengikuti jejak dua lagi abangnya terlibat dalam arena politik.

Selain Karpal yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Bukit Gelugor, anak sulungnya Jagdeep Singh Deo merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat manakala anak keduanya, Gobind Singh Deo ialah Ahli Parlimen Puchong. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment