My Add

Friday, 2 May 2014

Senator: Palanivel rahsia tiga nama

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 - Mei, 2014: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel terus merahsiakan tiga nama yang akan dipilih daripada parti itu sebagai senator yang akan mengangkat sumpah semasa sidang Dewan Negara Jun ini.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan tiga kerusi senator untuk MIC. Selalunya, presidenlah yang menentukan siapa mengisi kerusi itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, setiap senator akan hanya berkhidmat untuk satu penggal tiga tahun, bukan dua penggal atau enam tahun seperti sebelum ini.

Bulan lepas, sebuah portal berita melaporkan menurut satu sumber parti itu, Palanivel menamakan tiga muka baharu untuk dilantik sebagai senator bagi mengisi kuota MIC.

Mereka ialah Naib Presiden MIC, S. Sothinathan, Bendahari Agung MIC, S. Murugesan dan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan.

MIC diberi kuota enam senator, tiga daripadanya kini disandang Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu yang juga Pengerusi MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan, V. Subramaniam, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, A. Sivapakiam dan bekas Bendahari Agung MIC, Jaspal Singh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment