![]() |
* SEBAHAGIAN murid SK Bukit Damansara gembira sambil menunjukkan piala dan sijil yang dimenangi mereka dalam pertandingan tarian peringkat antarabangsa di Rusia ketika ditemui di KLIA, Sepang, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI |
SK Bukit Damansara yang diwakili Kumpulan Dewata Tari berjaya mengungguli kategori koreografi rakyat, selain berjaya menarik perhatian juri dengan memenangi hadiah bagi kategori pakaian terbaik.
Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha dan latihan bersungguh-sungguh yang dijalankan hampir tiga bulan oleh muridnya.
"Saya berasa begitu gembira dengan kejayaan pasukan tarian sekolah ini untuk menewaskan peserta daripada pelbagai negara yang bertanding.
"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuklah ibu bapa dan Kementerian Pendidikan yang memberi sokongan untuk memasuki pertandingan ini," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.
Sementara itu, salah seorang peserta pertandingan, Harissa Abdul Halim, 11, berkata, mereka terpaksa memberikan persembahan terbaik memandangkan kesemua peserta yang datang daripada 43 negara ternyata berbakat.
Harissa yang merupakan ketua pasukan memberi contoh mengenai persembahan hebat daripada pasukan tuan rumah dalam pertandingan itu.
"Apapun, saya begitu gembira kerana diberikan peluang untuk menimba pengalaman di peringkat antarabangsa.
"Selain itu, kami dapat berjumpa dengan rakan-rakan baharu daripada pelbagai negara yang menyertai pertandingan tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment