My Add

Friday, 9 May 2014

Skim kawalan harga musim perayaan Gawai senarai 12 barangan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Hari Gawai akan diadakan seminggu sebelum sambutan itu pada 31 Mei, di Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, sebanyak 12 barangan kawalan di bawah skim sempena Hari Gawai itu akan disenaraikan.

"Walau bagaimanapun, senarai barangan kawalan dan harganya akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah' di sini, hari ini.

Katanya, kementerian itu juga sedang merancang untuk melaksanakan Skim Kawalan Harga selama sebulan pada bulan Ramadan ini.

"Ramai yang akan berbelanja lebih dan mengamalkan sikap boros terutamanya sempena bulan Ramadan... namun, ia (pelaksanaan) masih dalam proses perbincangan," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment