My Add

Friday, 9 May 2014

Mahasiswa Indonesia di Malaysia jangan terpengaruh anasir negatif

GEORGE TOWN, JUMAAY, 09 Mei, 2014: Mahasiswa Indonesia di negara ini perlu menyemai sifat positif dalam diri mereka dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir yang boleh menggugat keharmonian antara bangsa serumpun, kata Duta Besar Indonesia di Malaysia, Herman Pryitno.

Beliau berkata ini kerana mereka adalah pemimpin masa depan dan bakal meneruskan jalinan kerjasama dalam memacu kejayaan antara dua negara serumpun serta negara-negara serantau.

Adalah penting menyingkirkan rasa curiga dan iri hati dalam diri generasi muda supaya istilah serumpun yang sering dilaung-laungkan itu sebati dan dapat diterjemah dalam kehidupan seharian, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Latihan Kepimpinan Persatuan Pelajar Indonesia di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Program tiga hari itu melibatkan sejumlah 120 penuntut Indonesia daripada lebih 20 universiti dan intitusi pengajian tinggi tempatan.

Herman berkata pada masa ini terdapat 12,000 penuntut Indonesia sedang mengikuti pelbagai program pengajian peringkat tinggi di negara ini manakala 6,000 penuntut Malaysia sedang melanjutkan pelajaran di negara itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment