My Add

Tuesday 27 May 2014

SPA perkenal peperiksaan atas talian

PUTRAJAYA, SELASA 27 Mei, 2014: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melaksanakan kaedah peperiksaan secara atas talian bagi memilih calon berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong dalam sektor awam bermula hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kaedah berkenaan dibuat bagi memudahkan calon mengambil peperiksaan tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu seperti sebelum ini.

Beliau berkata, menerusi transformasi berkenaan, SPA dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara tradisi termasuklah perbelanjaan seperti kertas jawapan dan buku soalan dengan nilai penjimatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

``Ia membolehkan orang ramai menduduki peperiksaan bertulis untuk memasuki skim perkhidmatan awam di mana saja mereka berada iaitu di rumah, pejabat atau luar negara.

``Masa yang ditetapkan untuk peperiksaan berlangsung juga serentak dan mereka akan menerima nombor giliran sebelum menduduki peperiksaan," katanya pada sidang akbar Majlis Pelancaran Sistem Peperiksaan Online di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun turut hadir bagi menyempurnakan majlis pelancaran tersebut. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment