My Add

Friday, 9 May 2014

Tabung haji tambah subsidi haji

Oleh Zunaidah Zainon

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Tabung Haji akan menambah subsidi haji tahun ini daripada RM5,575 kepada RM6,175 untuk jemaah yang mengerjakan haji buat kali pertama.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, penambahan subsidi itu berikutan kenaikan kos penginapan dan logistik di Arab Saudi.

"Tabung Haji pada tahun lalu membayar jumlah subsidi sebanyak RM120 juta dan dijangka meningkat pada tahun ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records kepada Kelab TaHa yang mencatat keanggotaan pelajar sekolah paling ramai di Malaysia iaitu 1,119,094 orang sehingga 31 Disember 2013. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment