Tan Sri Rozhan meninggal dunia
Oleh KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Rozhan Kuntom, 82, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pukul 4 pagi tadi.
Allahyarham merupakan bapa kepada Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Jumaat. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment