My Add

Tuesday, 27 May 2014

Tanah untuk Pengerang belum diserah

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
 
 MOHAMED KHALED NORDIN
KUALA LUMPUR, ISNIN 26 Mei, 2014: Pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Johor Bahru bakal ditangguhkan lagi berikutan pertikaian tanah antara pemilik tanah dan Kerajaan Johor serta pemilik projek, Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Menurut laporan, Ke-lana Megah Development Sdn. Bhd., telah mem-failkan saman mendakwa bahawa tujuh bidang tanah miliknya secara haram telah dipindahkan di bawah pen-gambilan tanah wajib bagi Loji Penapisan dan Pembangunan Bersepadu Petrokimia projek (RAPID) yang merupakan sebahagian daripada projek Pengerang.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, tanah tersebut tidak boleh diserahkan kepada Petronas sementara menunggu penyelesaian saman itu.

"Kami akan memberikan tanah itu kepada Petronas apabila semuanya sudah selesai. Kami telah melalui semua proses pengambilalihan tetapi semasa proses tersebut beberapa pemilik tanah tidak bersetuju dengan pengambilalihan dan telah pergi ke mahkamah. Jadi, kita tertakluk kepada itu," katanya Jumaat lalu.

Mengikut laporan akhbar The Malaysian Reserve hari ini, syarikat induk Kelana Megah, MPHB Capital mendakwa tanah-nya telah diperoleh Kerajaan Johor tanpa mengikut undang-undang pada harga 93 sen sekaki persegi walaupun ada persetujuan antara pihaknya dan Petronas untuk membeli tanah pada harga RM8 sekaki persegi.

Tanah tersebut terdiri daripada kira-kira 45 peratus jumlah tanah yang diperlukan untuk projek RAPID.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas pada Mac lalu berkata, Petronas hanya boleh meneruskan projek RAPID yang bernilai AS$16 bilion (RM51.2 bilion) apabila mereka mendapat pemilikan kosong bagi keseluruhan tanah projek.

Beliau memberitahu bahawa semua pengambilalihan tanah dilakukan oleh kerajaan negeri dan Petronas tidak melakukan perjanjian secara terus dengan pemilik tanah.

"Kami akan menyerahkan tanah yang tidak melibatkan rayuan atau kes-kes mahkamah. Kes saman ini adalah sesuatu di luar kuasa kita dan terserah kepada mahkamah," ujar Mohamed Khalid.

Walau bagaimanapun, ini akan menyebabkan kelewatan kepada projek itu selepas keputusan pelaburan muktamad (FID) bagi projek tersebut telah dua kali ditangguhkan sebelum akhirnya diumumkan pada 3 April 2014.

Selain itu, terdapat juga penangguhan bagi pengalihan kubur Islam dan Cina yang terletak di kawasan tersebut, kata sumber kepada The Malaysian Reserve. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment