My Add

Saturday, 10 May 2014

Tubuh jawatankuasa transgender ditarik balik

 Lim Guan Eng, Teh Yee Cheu
PULAU PINANG, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Selepas mendapat kecaman pelbagai pihak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu hari ini menarik balik cadangan supaya ditubuhkan jawatankuasa transgender di negeri ini.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan, Lim Guan Eng sambil turut `menasihatkan’ Yee Cheu supaya kembali ke pangkal jalan.

Menurut Guan Eng, barisan ADUN dan Ahli Parlimen DAP dalam mesyuarat di sini petang ini bersetuju memutuskan supaya Yee Cheu menarik balik cadangan itu.

“Teh (Yee Cheu) juga sedar untuk usul ini dibahaskan, beliau perlukan seorang penyokong. Akan tetapi tidak ada seorang ADUN Pulau Pinang yang bersedia menyokong usul beliau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yee Cheu sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas mencadangkan penubuhan jawatankuasa itu yang disifatkan beliau perlu bagi membuktikan kesamarataan yang diamalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Dalam tindakan yang dilihat seolah-olah mahu meraih sokongan politik, Yee Cheu berkata, cadangan tersebut telah dipanjangkan kepada kerajaan negeri untuk dibawa kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walau bagaimanapun, cadangan itu mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai melampau dan tidak boleh diterima akal kerana hanya akan menambah keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment