My Add

Saturday, 10 May 2014

UMNO mesti dengar suara rakyat - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mei, 2014: UMNO mesti mendengar suara rakyat sekiranya parti itu mahu terus bertahan sebagai tunjang kepada pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, UMNO sewajarnya mengambil iktibar daripada kemerosotan sokongan yang diterima daripada rakyat.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO memberitahu, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan situasi itu berterusan lantas berupaya menjejaskan kedudukan UMNO.

“Pemimpin-pemimpin politik perlu mendengar apa yang dikatakan oleh rakyat termasuk daripada parti lawan.

“Kalau kita bersikap tidak peduli, UMNO mungkin akan terus hilang sokongan," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan buku Reminiscences of Insurrection: Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990 di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, kejayaan UMNO bertahan sehingga ulang tahun penubuhannya yang ke-68 pada Ahad ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan.

Jelas beliau, hampir semua parti-parti politik lain yang sezaman dengan UMNO ketika memperjuangkan kemerdekaan tidak lagi wujud.

“Kita dapat lihat UMNO masih lagi diterima walaupun sokongan berkurangan sedikit," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment