![]() |
| Shahrizat Abdul Jalil |
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini kerana Wanita UMNO merupakan tulang belakang parti yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam menempuh asam garam politik dan membangunkan negara selama 68 tahun UMNO ditubuhkan.
Kesinambungan ke-pimpinan itu amat penting bagi memastikan UMNO terus melahirkan generasi pemimpin yang mempunyai keberanian untuk membawa apa jua perubahan yang diperlukan dan seterusnya meletakkan parti itu terus relevan kepada negara," katanya sempena Hari Ulang Tahun UMNO Ke-68 yang bakal disambut Ahad ini, di sini hari ini.
Mengulas mengenai perjuangan Wanita UMNO yang wujud setahun selepas UMNO ditubuhkan 68 tahun lalu, Shahrizat berkata, sejak enam dekad lalu, semangat kese-mua ahli pergerakan itu tidak pernah sedikit pun luntur walaupun dibadai pelbagai cabaran terutama dalam putaran politik yang 'ganas'.
Apabila kita masuk menjadi ahli parti politik, kita mesti pasang niat yang suci. Kita berjuang dan berkhidmat kerana Allah, untuk agama, bangsa dan negara serta untuk rakyat Malaysia. Jadi walau apa juga cabaran yang terpaksa kita lalui terutama pada zaman ini di mana politiknya memang ganas tetapi pada saya dan seluruh Wanita UMNO, ia membakar semangat kami," katanya.
Beliau berkata, sebagai pemimpin tulang belakang UMNO, beliau telah melakar pemetaan agenda untuk pergerakan itu bagi menggerakkan langkah membantu parti untuk memastikan pembangunan negara dalam pelbagai aspek bergerak cemerlang.
Pada saya kita mesti kuatkan semangat, ada disiplin, visi dan misi yang kita sama-sama telah olah maka percayalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti, saya yakin dan berdoa bahawa rakyat akan masih memberi sokongan kuat kepada Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tulang belakangnya," katanya.
Katanya, UMNO tidak boleh lagi berada di dalam zon yang tersendiri sebaliknya perlu mendekati semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang berlainan pendapat bagi memastikan parti itu terus mendapat sokongan rakyat. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment