My Add

Saturday 1 October 2011

Fared anggap Hudud hanya mainan politik Pas

KOTA BHARU: Bekas aktivis Pas, Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani menyifatkan isu hukum Hudud yang dijanjikan kerajaan Pas Kelantan hanya mainan politik parti itu semata-mata bagi meraih sokongan pengundi.

Beliau berkata, Pas dulu bermatian-matian menentang UMNO kerana mendakwa menolak hukum Hudud, namun pada masa sama Pas berkompromi dengan DAP yang jelas menolak Islam.

Katanya, Pas 'mempermainkan' Hudud sepenuhnya untuk kepentingan mereka dan ia dibuktikan melalui kenyataan pemimpin-pemimpin besar parti itu terutama selepas Pilihan Raya Umum 2008.

"Macam mana mereka hendak laksanakan Hudud, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah memberitahu bahawa hukum hudud cuma 0.0001 peratus.

"Malah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pernah kata, 'tiada dalam perlembagaan Pas untuk membentuk negara Islam'.

"Malah sebelum ini Timbalan Pesuruhjaya III Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pernah membuat kenyataan bahawa hukum Hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sikap pemimpin Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak sepakat dalam isu pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan.

Mohd. Fared yang juga Naib Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan Turun Padang (NGO TP) berkata, jika dilihat pada urutan kronologi tersebut jelas menunjukkan bahawa Pas sebenarnya tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam terutama selepas bersekutu dengan DAP.

"Kita lihat apa yang sedang dan telah berlaku di hadapan mata kita, contohnya di Selangor dan Pulau Pinang, apa yang Pas dapat lakukan di negeri-negeri pembangkang itu?

"Melayu dan Islam dicabar dan semakin dihina. Kilang arak tidak ditutup. Kenapa pusat-pusat hiburan, judi dan kilang arak tidak ditutup?" soalnya.

Katanya, apa yang berlaku dalam Pas hari ini membuktikan bahawa mereka lebih teruk daripada UMNO dan disebabkan itu beliau meninggalkan parti tersebut.

No comments:

Post a Comment