My Add

Thursday 20 October 2011

Ahli Pas boleh sertai HIMPUN, tapi atas kapasiti peribadi


Utusan Malaysia\
KHAMIS, 20 Oktover, 2011: Pas negeri tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Melawati di sini pada 22 Oktober ini, namun tidak menghalang ahlinya jika mereka pergi atas tiket peribadi.

Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abd. Rani Osman berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan ketetapan Pas Pusat yang meemutuskan tidak menyertai perhimpunan berkenaan yang membabitkan lebih 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas dasar mempertahankan akidah umat Islam.

Beliau menyatakan, perhimpunan itu melibatkan NGO seperti mana yang dikehendaki oleh pihak penganjur manakala Pas adalah sebuah parti politik dan adalah tidak wajar parti itu menyertai perhimpunan berkenaan.

‘‘Kita telah mendapat arahan daripada pimpinan tertinggi Pas di peringkat Pusat dan kita akur dengan arahan itu.

‘‘Bagaimanapun, kita tidak menyekat mana-mana ahli Pas untuk menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi atau penglibatan mereka dengan NGO,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam. 

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan menyatakan, parti itu tidak akan menyertai Himpun atas alasan menghormati pihak penganjur bahawa perhimpunan tersebut tidak melibatkan parti-parti politik.

Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Lajnah Politik Pas yang diadakan semalam antara lain turut menuntut perhimpunan tersebut harus selaras dengan peruntukan undang-undang negara dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.

Sementara itu, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus menyifatkan keputusan Pas menolak menyertai Himpun seolah-olah menunjukkan parti pembangkang itu lebih mengutamakan kepentingan politik daripada soal memelihara akidah umat Islam.

No comments:

Post a Comment