My Add

Saturday 8 October 2011

DAP tukar hukuman kepada Manoharan, amaran keras saja


Kenyataan itu berkata pada mesyuaratnya malam tadi, CEC membuat keputusan menggantikan tindakan penggantungan itu dengan memberi amaran keras kepada Manoharan setelah mengambil kira bahawa anggotanya itu menunjukkan rasa sesal dengan memohon maaf dan membuang dengan segera komen yang disiarkan dalam Facebooknya.

Jawatankuasa itu membuat keputusan tersebut berikutan rayuan yang dikemukakan Manoharan berhubung penggantungan yang dikenakan terhadapnya oleh jawatankuasa disiplin DAP.

Kenyataan itu juga berkata, CEC bagaimanapun mengekalkan penggantungan selama enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang kerana perbuatan penyalahgunaan kuasa berhubung dana parti.

CEC menolak rayuan Tong Hiang yang dikenakan penggantungan bermula 27 Sept lepas, kata kenyataan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment