My Add

Thursday 6 October 2011

DAP tidak sesuai untuk kaum India - Pido

PULAU PINANG: Pertubuhan Kaum India Pulau Pinang (Pido) menyifatkan DAP sebagai parti yang tidak sesuai untuk memerintah terutama bagi kaum India kerana hanya menjaga kebajikan satu kaum dan bersikap 'double standard'.

Presidennya, M. Nyana Segaran berkata, sikap itu jelas terbukti daripada tindakan yang diambil terhadap ahlinya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang digantung keahlian selama enam bulan berhubung satu kenyataan kontroversinya dalam laman sosial Facebook sebelum ini.

Bagaimanapun kata beliau, apabila Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng memburuk-burukkan Johor sebagai negeri tidak selamat baru-baru ini, tiada pula sebarang tindakan diambil Jawatan Kuasa Tatatertib parti terhadap pemimpin itu sehingga kini.

"Kami bukan mahu masuk campur urusan dalaman parti itu (DAP), cuma ingin persoalkan kenapa 'double standard' dan rasis dalam tindakan yang dibuat. Adakah Manoharan digantung keahliannya kerana dia orang India dan Guan Eng pula tidak diambil sebarang tindakan sehingga kini kerana dia diberi kekebalan dalam parti?

"Kami amat kesal atas apa yang telah dilakukan parti 'cauvinis Cina' itu. Amat jelas tindakannya (DAP) tidak adil, mengetepikan orang India dan bersifat rasis. Saya harap apa yang berlaku ini dipandang oleh masyarakat India sebagai sesuatu yang serius dan membuka mata mereka," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Justeru Nyana Segaran berkata, pihaknya mencabar DAP supaya turut mengambil tindakan dan pendekatan serupa terhadap Guan Eng sebagaimana yang telah dibuat parti itu terhadap Manoharan.

"Dia (Guan Eng) telah memohon maaf atas apa yang dilakukannya (memburuk-burukkan Johor). Ini tanda dia telah mengaku kesalahannya, tapi amat pelik apabila tiada sebarang tindakan diambil DAP sehingga kini. Ini menunjukkan kepada kita betapa rasisnya parti itu.

"Jika DAP sebuah parti yang telus, tindakan tegas perlu dikenakan kepada sesiapa sahaja ahli yang telah melakukan kesalahan termasuk Guan Eng," katanya.

Nyana Segaran turut kesal dengan sikap kepimpinan DAP yang hanya berpihak kepada satu kaum, manakala orang Melayu dan India diketepikan. - Utusan

No comments:

Post a Comment