My Add

Tuesday 11 October 2011

DHPP sasar 30,000 ahli menjelang akhir tahun ini

Harakahdaily 

SELASA, 11 Oktober, 2011: Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) mensasarkan 30,000 ahli menjelang akhir tahun ini.

Komitmen ini dibuat oleh DHPP dalam mesyuarat pimpinan DHPP Pusat dengan pimpinan Jabatan Pilihanraya Pas (JPP) di bangunan Parlimen hari ini.

Mesyuarat itu disertai oleh pengerusi DHPP Hu Pang Chaw, timbalannya N Balasubramanian, naib pengerusi Vincent Lee, setiausaha Letchumanan dan lain-lain pimpinan pusat dan negeri DHPP.

Turut serta adalah lembaga penasihatnya, Dr Mujahid Yusof dan pimpinan lain. JPP pula diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Dr Hatta Ramli serta ahli-ahlinya, Mohd Firdaus Jaafar (anggota Parlimen Jerai) dan Mohamad Husin (anggota Parlimen Pasir Puteh).

Hu Pang Chaw ketika dihubungi berkata, usaha akan dibuat dengan kerjasama JPP untuk mencapai sasaran itu.

"Kita akan buktikan Pas sebuah parti yang relevan dan diterima pelbagai pihak dalam masyarakat majmuk Malaysia ini," katanya.


No comments:

Post a Comment