My Add

Tuesday 11 October 2011

Perlu tegas dan proaktif tangani cubaan pesong akidah

Bernama
SELASA,11 Oktober, 2011: Seorang ahli Parlimen hari ini berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan institusi agama perlu mengambil tindakan tegas dan proaktif dalam mengekang cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah orang Islam.

Merujuk titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mendakwa, sudah jelas terdapat gerakan pihak tertentu untuk murtadkan orang Melayu di negara ini.

"Memang kita mengamalkan bebas beragama tetapi adalah menjadi kesalahan kalau ada mana-mana pihak menjalankan usaha untuk murtadkan orang Islam,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa telah berlaku cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah orang Islam dalam majlis di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.

Ibrahim berkata, KDN, Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu berganding bahu untuk menangani masalah itu bagi memastikan ia tidak menjadi lebih buruk kerana isu agama boleh menggugat keamanan negara. 

No comments:

Post a Comment